Monday 28 November 2011

jadilah yang terbaik

-Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak , maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta .
-Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak , maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim .
-Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak , maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu .
-Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak , maka pertahankanlah Islam dimata dunia .
-Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak , maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA .
-Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak , maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri ALLAH SWT yang Maha Pencipta .
-Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak , maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya .
-Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak , maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH SWT itu lebih mewah daripada segala-galanya .
-Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak , maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN-GOLONGAN di atas 

No comments:

Post a Comment